Thursday, 23 August 2012

Berhati-Hati Jika Anda Membeli Belah Seorang Diri


Berhati-hatilah kalau membeli belah sendirian, bukan sahaja anda harus menjaga soal keselamatan tetapi juga soal keselamatan poket. Anda mungkin sewenang-wenangnya mengeluarkan duit membeli barangan kerana tiada nasihat dan panduan dari sesiapa.

Sekiranya anda memang jenis yang suka bersendirian tatkala membeli belah, eloklah jika anda praktikkan perkara di bawah ini :-
  1. Rancang dan batasi perbelanjaan anda. Lebih elok jika anda sediakan senarai barang yang hendak dibeli, dan pastikan juga anda sendiri haruslah patuh dengan senarai tersebut.
  2. Jika anda mempunyai kad kredit lebih baik elakkan, biasakanlah dengan menggunakan wang tunai untuk mengehadkan perbelanjaan anda.
  3. Jangan mudah percaya semua yang didengar mahupun yang dapat dilihat. Sememangnya manusia mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang menarikkan perhatian.
  4. Membeli ketika anda memerlukannya, jangan pula beli tetapi anda sendiri tidak tahu keperluannya.
  5. Anda boleh memastikan mutu dan kegunaan barangan yang dibeli tidak terjejas atau hampir terjejas.
  6. Jadilah seorang pembeli yang bijak, bandingkan terlebih dahulu harga dan kualiti dengan kedai-kedai yang lain sebelum membuat pembelian.
  7. Anda perlu tahu hak anda sebagai pengguna. 
  8. Penggunaan bakul yang kecil elakkan penggunaan troli. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan dan keinginan anda untuk berbelanja lebih.
  9. Berbelanja apabila anda berada dalam keadaan kenyang. Amalam ini dapat mengelakkan anda daripada tergesa-gesa dan membuat pilihan dengan lebih tenang.
  10. Semak harga yang dikemukakan dengan harga yang tercatat pada resit dan jumlah barang yang dibeli.
  11. Buat tuntutan jika terdapat perbezaan sama ada dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesahihan barangan yang dibeli.
  12. Berjalan atau menggunakan pengangkutan awam. Ia dapat mengehadkan hasrat dan kemampuan anda untuk membeli barangan yang tidak perlu.
Anda haruslah ingat ketika membeli, perlulah berdasarkan keperluan dan kemampuan. Bukan mengikut perasaan atau keinginan. 

*Saya hanya bagitahu. Ini cuma pendapat dari saya. Jika tak nak baca pun saya tak kisah. Tapi lebih elok kalau dibaca ya :)



7 Soalan Yang Patut Anda Tanya Pada Diri Anda Sendiri Bagi Menilai Cinta Seorang Lelaki


Jika anda seorang wanita, jangan sesekali terperangkap dengan mainan cinta seorang lelaki buaya. Anda perlu pandai untuk menentukan sama ada lelaki itu layak atau tidak menjadi pasangan anda dengan melakukan beberapa penilaian terhadap dirinya. 

Adakah dia merenung anda seolah-olah hanya anda seorang sahaja wanita di dunia ini?

Lihat mata pasangan anda. Adakah dia selalu merenung tepat ke arah mata anda? Adakah ketika dia merenung mata anda, anda rasa seperti tersipu-sipu malu? Anda cuba untuk melawan renungannya tetapi anda kalah pada akhirnya. Jika ini terjadi cuba anda senyum padanya dan lihat bagaimana reaksi dia. Jika dia sayangkan anda, di saat ini anda boleh rasa sendiri di dalam hati anda.

Adakah dia selalu ingin berdua-duaan dengan anda?

Lelaki yang suka anda secara ikhlas selalu ingin berdua-duaan dengan anda. Dia tidak akan lakukan sesuatu yang seksual tetapi dia cuba tunjukkan pada anda bahawa dia sesuai untuk anda. Dia akan cuba kagumkan anda dengan bermacam-macam cara. Sebagai wanita, anda perlu fokus bahawa lelaki perlu mengorat perempuan.

Berapa kali dia cuba call handphone anda?

Adakah anda bosan dengan panggilan darinya? Memang dia suka akan anda dengan ikhlas, sebab itulah dia sentiasa call anda untuk melepaskan rindu di dadanya. Dia tidak memaksa anda untuk keluar dengannya tetapi dia memujuk anda untuk keluar dengannya.

Berapa kali dia selalu terserempak dengan anda?

Untuk pengetahuan anda, jika anda selalu terserempak dengan seorang lelaki, ia bukanlah hanya kebetulan. Lelaki tersebut berusaha untuk mendekati anda. Dia mahu anda perasan akan kehadiran dirinya dalam hidup anda.

Adakah dia cuba untuk membuatkan anda rasa istimewa?

Dia akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anda rasa istimewa. Contohnya dia akan cantikkan penampilan dirinya supaya anda selesa dengannya. Dia juga akan memuji anda dengan bersungguh-sungguh sehingga anda rasa sangat terhibur dengan pujian-pujian yang dihamburkan oleh dia.

Adakah dia selalu ambil berat tentang diri anda?

Jika dia selalu ambil berat tentang diri anda, perasaan dia terhadap anda sudah melebihi tahap sementara. Perasaan dia terhadap anda sudah kekal dan dia akan sentiasa memberi anda kata-kata semangat. Dia tidak serious terhadap anda jika dia hanya ambil berat kadang-kadang atau tidak pernah kisah tentang perasaan anda.

Adakah dia nampak gembira dan sentiasa membalas senyuman anda?

Bila anda keluar dengannya, anda boleh nampak kegembiraan di sinar matanya. Dia sentiasa senyum akan anda seolah-olah anda adalah seorang yang sangat bermakna padanya. 

*Tanyalah kepada diri anda sendiri. Jika ia, mungkin hubungan anda berjaya :)



Wednesday, 22 August 2012

Ramai Sebak Jika Kita Cerita Pasal Ibu Bapa


Tahukah anda betapa besarnya pengorbanan IBU BAPA ? 

Tiada orang yang boleh terangkan apa maksudnya ibu bapa, dan secara pastinya, ramai yang menyatakan ibu bapa adalah ayah dan mak. Tidakkah ini sama maksud atau sama erti dengan ibu bapa? Jadi ramai yang beranggapan ibu bapa itu ialah seorang lelaki dan perempuan yang mempunyai anak.

Saya sendiri pun sukar untuk menerangkan definisi ibu bapa, tetapi cuba anda berfikir sejenak selepas membaca ayat di bawah ini :-
  • Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
  • Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
  • Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang. 
  • Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
  • Bila hati kita terguris, kita kata "Mak memang tak pernah faham".
  • Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah".
Tetapi apabila situasi diterbalikkan kepada ibu bapa pula...
  • Bila hati mak kita terguris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
  • Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
  • Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
  • Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
  • Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
  • Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Jadi bolehkah anda terangkan apa definisi sebenar ibu bapa? Ya Allah... Definisi yang mudah tetapi sukar untuk kita lafazkan.. 





Tuesday, 21 August 2012

13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta


Assalamualaikum semua :) Hari ni saya nak tulis entry tentang tanda-tanda orang yang telah jatuh cinta. Kat luar tu, mesti ramai yang tengah dilamun cinta :) Ada tak antara awak semua perasan perubahan dalam diri anda or apa-apa tanda? Maybe ada and maybe tak de :) Ni nak kongsi tanda-tanda yang selalu ada pada orang yang telah JATUH CINTA

Ramai orang tak perasan benda ni, tapi inilah sebenarnya selalu berlaku, jadi renung-renungkanlah :) :-

  • Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
  • Anda akan sentiasa merindui dia.
  • Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
  • Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
  • Apabila anda terfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup dengan pantas.
  • Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
  • Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
  • Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
  • Dia sentiasa di fikiran anda.
  • Anda akan sentiasa terhidu baunya.
  • Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
  • Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
  • Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di fikiran anda. 

Betul tak? Betul tak ? Haha :) Dah agak dah... Kalau betul, copy or share di website or social web korang k ? Love u :* 




Tahukah Anda ? Di Sebalik Valentine Day


Tarikh 14 Feb sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seolahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi menyemarakkan hari Valentine ini. 

Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St. Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi. 

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Feb lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh. 

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Feb. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. 

Pada 15 Feb, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. 

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Feb 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. 

Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Feb. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. 

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putera Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari. 

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syari'ah Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud. 

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah maksiat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya maksiat dan zina. 

Firman Allah dalam surah Al-Israa' ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi. 

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syari'at. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah. :)

(Sesungguhnya manusia itu sentiasa lalai dengan godaan syaitan dan nafsu. Pulanglah kepada Allah SWT kerana keimanan dan ketakwaan merupakan senjata utama dalam diri.) 

*Saya cuma sebarkan. Kepada umat Islam yg menyambutnya, tolong hentikan ye  :) Sebarkan jika anda rasa ini penting . Follow, maybe ? :D 



Monday, 20 August 2012

Penderaan Kanak-Kanak



  Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan media-media massa.

  Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental. Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh, seperti luka, parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya. Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa, gangguan emosi dan mental atau proses pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

  Keadaan itu perlu diambil serius memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa.

  Pada bulan Mac 2010, kita dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan dalaman yang kritikal sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut telah didapati bersalah dan telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah.

  Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak-anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya.

  Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari tekanan ekonomi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau menyakiti anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut, bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan.

  Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

  Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. Al-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya (anak-anak) dengan baik.

  Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen "Keluarga Bahagia" bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.

  Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaran mereka.

  Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.

  Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasama dari semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa. Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak, sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi. Bukan dengan cara mendera atau menghukum mereka. Kegemilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.


Sekian.
*Saya cuma bagitahu. Terpulanglah nak baca or tak. Ni pun untuk manfaat kepada yang telah berkahwin mahupun yang masih single. Selamat membaca :)




Thursday, 16 August 2012

10 Cara Terbaik Untuk Menjaga Kucing

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi sikit kat sesiapa yang baru belajar untuk menjaga kucing or yang dah lame bela tu, boleh la dapat tips sikit :)

Jika ditanya mengapa kita nak bela kucing, mesti ade yang jawab, "sebab dia comel" , "sebab dia jinak" and mcm2 lagi.. Tapi kalau dia comel, jinak.. Korang tahu tak cara terbaik nak jaga kucing ? Kalau tak tahu, mari saye kasi tahu. :)

Antara cara-cara terbaik untuk menjaga kucing :

1. Pastikan korang dan keluarga korang bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Korang juga kena menyediakan keperluan asas membela kucing seperti : permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar atau tempat rehat dan tidur. Ini akan mencepatkan anda menyesuaikan kucing baru dengan suasana baru.

2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda ! Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehingga dewasa atau selamanya.

3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk "grooming" , mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung) , dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandikannya jika kucing tersebut dalam keadaan kotor. Jika anak kucing berasa selesa dengan semua aktiviti ini, akan menjadi lebih mudah untuk anda melakukannya bila anak kucing menjadi dewasa.

4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dll. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru dan gembira.

5. Bermain dan bercakap dengannya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan di rumah. (sama macam kucing saya) Seperti merosakkan perabot rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengannya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.

6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa dengan pelbagai jenis diet, dan mengurangkan masalah cerewet.

7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya: mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat tinggi, mencakat langsir, dll. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan "stop" atau "jangan" (jangan menjerit, guna nada yang rendah je), dan alihkan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. Adalah mudah utk mengajar anak kucing sewaktu mereka kecil berbanding mengajar kucing dewasa. Maka, anda perlu membuat undang2 kepada anak kucing yang boleh dibuat dan yang tidak boleh dibuat, tempat yang boleh dimasuki dan yang tidak boleh dimasuki. Kucing adalah haiwan yang mudah memahami kehendak kita.

8. Jangan terlalu "memberi muka" kepada anak kucing anda. Sesetengah anak kucing mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika anda melayan kehendak anak kucing anda dengan salah, tabiat mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan akan menjadi kebiasaan sehingga dewasa.

9. Pastikan keadaan kucing anda selamat. Jauhi mereka daripada bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, dibuli oleh kanak2 atau haiwan-haiwan seperti anjing. Jika ini sering berlaku, ia akan memberi impak negatif apabila dewasa kelak.

10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terimalah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukannya sesuatu yang mudah.

Itu lah dia antara cara2 terbaik untuk jaga kucing. Lagi satu, kalau korang bela kucing, biarlah dia bebas berjalan, beraktiviti. Janganlah kunci dia kat sarang je.. Macam mana dia nk rasekan kebebasan? Betul tak ? Kalau dia buat salah apa2 pun, maafkan lah.. jangan nk marah2, pukul2.. tak mau ! Nanti kucing tu lari, baru tau ! Hehe.. sampai sini sajalah ye :) Ade apa2.. komen. k ?

*Saya hanya berkongsi info. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya sendiri. Wallahu'alam. :)

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r.a:

"Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

Apakah sepuluh perkara itu ? Iaitu :

1. Wahai anak Adam ! Berjalanlah di atas perutku, tapi ingatlah ! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tapi ingatlah ! Engkau akan diazab di perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tapi ingatlah ! Engkau akan menangis di perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tapi ingatlah ! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tapi ingatlah ! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tapi ingatlah ! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tapi ingatlah ! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tapi ingatlah ! Engkau akan jatuh ke dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bintang dan bulan di belakangku, tapi ingatlah ! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tapi ingatlah ! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

*Saya hanya sebarkan. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya sendiri. Wallahu'alam. :)

Tutorial - Signature Di Bawah Setiap Post

1. Korang kena klik di sini - MyLiveSignature - Creating a new signature

2. Ada 4 cara. Korang tekan yang pertama iaitu "Using the signature creation wizard"

3. Masukkan nama korang di textfield yang disediakan. Kemudian, tekan "Next step"

4. Pilih font mana2 yang korang senangi. Then, again "Next step" button clicked :)

5. Pilih size signature korang. Lepas tu, klik butang "Next step"

6. Pilih BG colour yg korang nak. Kalau tak nak ade ape-ape colour, klik kat checkbox tulis 'transparent'. Lepas tu, klik butang "next step"

7. Pilih slope yg korang suka ye. Then, klik butang "next step"

8. Lepas tu dia akn keluar "Finished! The signature is ready." Maksudnye dh ciap la signature korang tu :)

9. Korang akan ke page "Generating signature code". Then, klik "Generate HTML code". Then, klik link yg bertulis "Want to use this signature?"

10. Korang akn diberi 2 pilihan sama ada nk generate signature je or signature n sikit info mcm slogan @ website korg. Klik la mane yg korang suke, k ? :)

11. Copy HTML code yang ade di dlm textbox. 



Cara-cara nak masukkan signature ke dalam blog

1. Log in -> Setting -> Formatting

2. Scroll ke bwh sampai korang jumpa "post template"

3. Paste HTML code yang korang copy tadi

4. Klik "Save Settings"

5. Kalo nak tengok berkesan or tak, klik "Posting" tab and klik "new post". Signature korang akan automatically ade bile korang buat entry baru.  :)

!~ SELAMAT MENCUBA ~!

About My New Blog's Design


Assalamualaikum semua :) Hah.. Ayu dah design dah blog Ayu ni. Tapi takde la secantik blog korang kan.. Haih.. Cuma...... Ayu tak pandai nak letak favicon.. but, tak pe. Ni pun dah bersyukur.. Amin.. :)

Tapi, Ayu rase nak buat cerpen la kat blog ni. Bole tak ? InsyaAllah.. tapi kalau tak de org bace.. rugi la kan ? takpe..ni baru permulaan... lama2 ok la tu.. :) I think smpai sini dulu lah.. Dah tak bende nk ckp.. Bye :) 

Sayang,
Fajarayu~
                                                                      

Tuesday, 14 August 2012

About me

Name's Ayu. Age 12. Lives in Selangor, Malaysia. Malaysians. Everything is the back of my hand :) Follow me. Saya budak baru belajar, kalau saya tak tahu, tolong ajarkan :) Sekian.