Thursday 23 August 2012

Berhati-Hati Jika Anda Membeli Belah Seorang Diri


Berhati-hatilah kalau membeli belah sendirian, bukan sahaja anda harus menjaga soal keselamatan tetapi juga soal keselamatan poket. Anda mungkin sewenang-wenangnya mengeluarkan duit membeli barangan kerana tiada nasihat dan panduan dari sesiapa.

Sekiranya anda memang jenis yang suka bersendirian tatkala membeli belah, eloklah jika anda praktikkan perkara di bawah ini :-
  1. Rancang dan batasi perbelanjaan anda. Lebih elok jika anda sediakan senarai barang yang hendak dibeli, dan pastikan juga anda sendiri haruslah patuh dengan senarai tersebut.
  2. Jika anda mempunyai kad kredit lebih baik elakkan, biasakanlah dengan menggunakan wang tunai untuk mengehadkan perbelanjaan anda.
  3. Jangan mudah percaya semua yang didengar mahupun yang dapat dilihat. Sememangnya manusia mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang menarikkan perhatian.
  4. Membeli ketika anda memerlukannya, jangan pula beli tetapi anda sendiri tidak tahu keperluannya.
  5. Anda boleh memastikan mutu dan kegunaan barangan yang dibeli tidak terjejas atau hampir terjejas.
  6. Jadilah seorang pembeli yang bijak, bandingkan terlebih dahulu harga dan kualiti dengan kedai-kedai yang lain sebelum membuat pembelian.
  7. Anda perlu tahu hak anda sebagai pengguna. 
  8. Penggunaan bakul yang kecil elakkan penggunaan troli. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan dan keinginan anda untuk berbelanja lebih.
  9. Berbelanja apabila anda berada dalam keadaan kenyang. Amalam ini dapat mengelakkan anda daripada tergesa-gesa dan membuat pilihan dengan lebih tenang.
  10. Semak harga yang dikemukakan dengan harga yang tercatat pada resit dan jumlah barang yang dibeli.
  11. Buat tuntutan jika terdapat perbezaan sama ada dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesahihan barangan yang dibeli.
  12. Berjalan atau menggunakan pengangkutan awam. Ia dapat mengehadkan hasrat dan kemampuan anda untuk membeli barangan yang tidak perlu.
Anda haruslah ingat ketika membeli, perlulah berdasarkan keperluan dan kemampuan. Bukan mengikut perasaan atau keinginan. 

*Saya hanya bagitahu. Ini cuma pendapat dari saya. Jika tak nak baca pun saya tak kisah. Tapi lebih elok kalau dibaca ya :)



No comments:

Post a Comment