Wednesday 22 August 2012

Ramai Sebak Jika Kita Cerita Pasal Ibu Bapa


Tahukah anda betapa besarnya pengorbanan IBU BAPA ? 

Tiada orang yang boleh terangkan apa maksudnya ibu bapa, dan secara pastinya, ramai yang menyatakan ibu bapa adalah ayah dan mak. Tidakkah ini sama maksud atau sama erti dengan ibu bapa? Jadi ramai yang beranggapan ibu bapa itu ialah seorang lelaki dan perempuan yang mempunyai anak.

Saya sendiri pun sukar untuk menerangkan definisi ibu bapa, tetapi cuba anda berfikir sejenak selepas membaca ayat di bawah ini :-
  • Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
  • Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
  • Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang. 
  • Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
  • Bila hati kita terguris, kita kata "Mak memang tak pernah faham".
  • Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah".
Tetapi apabila situasi diterbalikkan kepada ibu bapa pula...
  • Bila hati mak kita terguris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
  • Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
  • Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
  • Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
  • Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
  • Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Jadi bolehkah anda terangkan apa definisi sebenar ibu bapa? Ya Allah... Definisi yang mudah tetapi sukar untuk kita lafazkan.. 





No comments:

Post a Comment